PRODUK
SUTERA CREPE
Sejenis kain nipis dan lembut daripada sutera dengan permukaan yang bergerutu, mudah dijaga dan tidak berkedut. Ia dihasilkan melalui teknik altenate S dan Z twist iaitu benangnya dipintal dengan kesan berkerut. Fabrilk crepe ini bersifat jatuh. Senang untuk dibentuk, fabrik yang selesa dan tidak panas. Sesuai juga dijadikan blouse, jubah, baju melayu lelaki dan lain-lain. Fabrik crepe ini juga terdapat banyak jenis seperti satin, crepe, poly crepe.
SUTERA SATIN
- Ianya biasanya licin, mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama. Permukaannya berkilap, digunakan membuat gaun labuh, jubah, blouse, kemeja, lingerie, dan baju pengantin.

SUTERA CHIFFON
- Biasanya diperbuat daripada sutera, kapas dan sintetik fiber. Chiffon sesuai dibuat gaun, riben, pakaian dalam, pakaian tradisional dan moden. Oleh kerana sifatnya yang tembus cahaya (transparent) biasanya chiffon dilapisi dengan kain pelapik (lining) sama ada dari kain satin atau lapisan dalam yang lain. Teksturnya yang lembut juga didatangi dengan satu warna, gabungan 2 atau lebih warna sama ada terang atau lembut.

SUTERA JACQUARD
- Merupakan kain yang dimiliki pola yang ditenun menjadi kain, bukan dicetak di atasnya. Ia memberikan fleksibiliti dalam menentukan corak tenunan di atas kain. Jacquard bertekstil berkilat dan licin.

Comments
Post a Comment