HOME
PENGENALAN
Assalamualaikum wbt… Bagi penggemar
kain sutera selalu mengikuti perkembangan fesyen terbaru kain sutera dan harga
terkini kain sutera. Pada masa kini, rakyat Malaysia memilih kain sutera
dijadikan sebagai fesyen utama kerana tekstil kain yang sangat lembut dan halus
serta harganya yang sangat eksklusif. Sutera merupakan gentian protein
semulajadi yang sesetengah jenisnya boleh ditenun menjadi tekstil. Jenis sutera
yang paling dikenali adalah sutera yang diperoleh daripada kepompong yang
dihasilkan larva ulat sutera kertau (Bombyx
mori) yang diternak (serikultur) yang asalnya diproses dan digunakan di
negara China, Asia Selatan, dan Eropah sejak zaman dahulu yang harga pasaran
kain sutera ini mencecah puluhan ribu ringgit. Kain sutera yang dihasilkan ini
hanya mendapatkan sambutan daripada golongan-golongan atasan sahaja kerana
harga pasarannya yang sangat tinggi dan ekslusif.
Comments
Post a Comment