LATAR BELAKANG
Yusfani Sutera
ditubuhkan pada 22 jun 2007. Syarikat ini ditubuhkan bagi tujuan memartabatkan
kain sutera yang telah diusahakan oleh nenek moyang pada zaman dahulu untuk
memperbaharui industri tekstil dan kain sutera yang ekslusif yang lebih khusus
dalam memajukan teknologi industri ini. Syarikat ini beroperasi selama 13 tahun
dengan mengeluarkan pelbagai jenis corak pada kain sutera yang mengikut
peredaran masa serta permintaan pelanggan. Yusfani Sutera ini merupakan sebuah
syarikat usaha sama dimiliki bumiputera Melayu dengan usaha sama Perbadanan
Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Tapak syarikat ini bertapak di 855 A Jalan
Kamaruddin, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu dan mempunyai cawangan di Gong
Badak, Kemaman dan Kota Bharu, Kelantan. Syarikat Yusfanisa Sutera telah
menyewa secara pajak untuk tempoh lima tahun dengan kadar sewa sebanyak RM
1000.00 sebulan sebelum Syarikat Yusfani Sutera membeli kedai tersebut. Sebagai
permulaan, pihak kami mengeluarkan produk kain sutera secara kecil-kecilan yang
di ambil dari pembekal kilang dan kini telah mempunyai kilang sendiri yang
telah beroperasi selama 6 tahun yang beralamat Lot 72 Bukit Bayas 21100 Kuala
Terengganu, Terengganu.
Yusfani Sutera
memandang jauh potensi bidang usaha ini dalam membekalkan kain sutera tambahan
pula kain sutera amat terkenal di serata dunia terutama di China kerana di
negara itulah proses untuk menjadi ulat sutera ke benang yang dihasilkan kain
sutera dibuat dan mendapat pasaran yang tinggi di negara-negara Asia dan Eropah.
Yusfani Sutera juga menawarkan pelbagai jenis fabrik beraneka rekaan dan corak
pada kain sutera mengikut peredaran masa dan permintaan tinggi di pasaran yang
sesuai untuk pakaian harian dan pejabat. Fabrik eksklusif kain sutera ini
mensasarkan golongan lelaki dan wanita yang bekerja di jabatan-jabatan kerana
kain sutera mendapat permintaan yang paling tinggi daripada golongan-golongan
tersebut.
Yusfani Sutera
juga amat menitikberatkan terhadap pasaran syarikat tersebut dengan menyediakan
konsep tawar menawar serta mesra pelanggan untuk mendapat kepuasan pelanggan
dan harga belian berpatutan dengan pelanggan. Yusfani Sutera juga telah
mengadakan promosi besar-besaran bagi menarik perhatian pelanggan terutama pada
musim perayaan. Selain itu, moto untuk syarikat ini ialah ‘EKSKLUSIF, SELESA,
DAN RANGGI’ dengan reka bentuk corak yang digayakan sesuai dengan kualiti kain
sutera dan rekaan corak terkini yang dipamerkan untuk menyerlahkan keanggunan
kain sutera tersebut. Yusfani Sutera mendapat sambutan yang paling tinggi kain
sutera ialah jenis kain sutera crepe,
satin, jacquard dan chiffon yang mendapat sambutan paling
tinggi setiap golongan. Sungguhpun begitu, syarikat Yusfani Sutera mendapat nama
dalam industri pembekal di Malaysia kerana mencatat sambutan pelanggan yang
tinggi setiap tahun terutama sambutan daripada pelanggan luar Terengganu.
Rahsia kejayaan syarikat kami sehingga mampu bertahan ke hari ini adalah kerana
tenaga kerja yang digunakan adalah terhad dengan hanya 10 orang pekerja yang
diperlukan di setiap cawangan bagi memasarkan produk yang kami pasarkan. Produk
kain sutera ini juga turut aktif mempromosikan di dalam laman sosial seperti
instagram dan facebook supaya ianya memudahkan pelanggan untuk mengetahui
perkembangan terkini bidang sutera syarikat kami dalam mengetahui corak terkini
dan perkembangan harga terkini sutera dari semasa ke semasa.
Oleh itu, syarikat
Yusfani Sutera amat menikberatkan kualiti produk yang dikeluarkan bagi
memuaskan hati pelanggan terutama penggemar tegar kain sutera yang sentiasa
mengikuti perkembangan terkini kain sutera. Yusfani Sutera amat fokus tentang
reka bentuk terkini kain sutera dan tidak ketinggalan dalam mencorakkan rekaan
terkini kain sutera dan berusaha mengeluarkan produk kain sutera yang mendapat
sambutan yang tinggi daripada pelanggan seterusnya membuat penambahbaikan dari
semasa ke semasa dalam mencorakkan konsep pemasaran di syarikat Yusfani Sutera.
Comments
Post a Comment